Followers

Sunday, January 12, 2014

MADS

Apa tu MADS? jawapan dia, Menutup Aurat Dengan Sempurna. Ia merupakan satu kempen tutup aurat yang berlangsung secara serentak satu malaysia. Awesome kan? Jika Allah izinkan, maka semuanya pasti berlaku di luar kawalan kita.. :) dalam kempen ni, kita sebagai hamba Allah yg nk ajak sahabat2 lain berubah dri aspek menutup aurat ni msti lh ad cara. Setiap negeri akan ada satu kump yg akan handle smua prog, pendermaan brg2 muslimah sangat lah digalakkan :)


Syukur, Allah izinkan lagi ana join program2 mcmni walaupun dah nak habis cuti sem. Alhamdulillah :') ana mewakili MADS KL yg dijadikan KLCC sbagai tempat berkumpul. Ramai sangat bidadari2 syurga yang hadir hehe kami ditugaskan untuk melakukan street dakwah di 3 tempat, sekitar KLCC, TS and BB, tersangatlah seronok, pengalaman prtama hehe inshaAllah jika niat betul, untuk mengajak yang lain berubah ke jalanNya, pasti Allah mudahkan urusan kita. And benda penting, jangan sesekali fikir bahawa kamu sudah ckup perfect bila mmakai tdung labuh & sbagainya, kita semua sama je. Dosa pahala kita hanya antara kita & Allah je tahu..


Program : MADS KLCC
Tempat : Masjid As-Syakirin KLCC
Jemputan khas : Abby Abadi


Jzakillah untuk nabila, jannah, ifah, ifa, kak hijrah, allahu ramai sangat kali.. terkata rmai dia kawan baru <3

Shah Alam Berselawat

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menghadiri majlis2 ilmu sebegini. Suka sangat, lagi hati merintih menangis padaNya.. Hampir 2 jam lebih program berlangsung, sepanjang program tu hanyalah berselawat sahaja.. Berqasidah sehingga menitiskan air mata menandakan kami merindukan mu <3 jazakillah ibu, humaira and lishah, sayang ketat2 >.< and... thanks neesa, kakjah, kak ika, kak emy, una, kak bee, yadd and nabila ! Makin lama makin rapat ukhuwwah kita. Syukur, Allah sebaik2 perancang yg paling hebat <3 Program : Shah Alam Berselawat. Tempat : Stadium Melawati Shah Alam, 28/12/2013 Jemputan khas : Habib Syech Assegaf ( YA HANA NA )

Malaysia Berselawat :)

Assalamualaikum.

Ana rinduuu, series... Menangis tatkala mulut mengalunkan zikir yang begitu indah. Hati sayuu, tersangatlah rindu hm :/ jazakillah untk laling ku yg tercinta sbb temankan, una, datin, yadd, kakjah, kak ika, farhana, aya, kak tina & yati :')

Program : Malaysia Berselawat
Tempat : Stadium Hoki Bukit Jalil
Jemputan khas : Al-Habib Umar bin Hafiz, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid,
Habib Thohir Al Haddar, Habib Jindan bin Novel & Ustaz Don Daniyal :)

Azam Baru 2014

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dah masuk tahun baru. Makanya buku lama haruslah kena buang. Maksud buang dekat sini, kita abaikan. Jadi kn sebagai kisah silam or pekasam le bak kata orang kan ;)

Segala kesulitan, kesedihan, keperitan, kepayahan, haa macam2 lah yang sedih tu, jadikan sebagai pembakar semangat di tahun baru. Kejayaan yg dah dicapai pula jadikan sebagai kenangan termanis dalam hidup. Syukur.

Bismillah.. Mulakan tahun baru dengan selawat, syukur masih diberi peluang untuk tengok betapa indahnya ciptaan Allah SWT. Setiap orang mesti punya azam tahun baru kan? Same goes to me ye, ana pun punya azam baru yg super duper awesome hehe

Tak banyak pun, cuma hati ana ni rasa ingin berkongsi :)
1. Kalau boleh nak mantapkan SOLAT, kasi cukup 5 waktu, solat di awal waktu & always KHUSYUK !
2. Hormat mama abah, family, sahabat fillah and hamba Allah yang lain..
3. Pastikan tutup aurat dengan sempurna, pakai handsock, stokin, tudung labuh tutup dada, tak ketat, tak jarang :D
4. INGINKAN PEMAKAIAN NIQAB DENGAN SEPENUHNYA :')
5. Nak dapat dekan untuk 2 sem yang terakhir tahun ni, doakan laling semua !
6. NAK JADI KHALIFAH ALLAH YANG SEMPURNA DIMATANYA.
7. Ingin berdakwah, mungkin tadelah sampai depan org rmai, janji org lain boleh dapat input yg ana bagi..
8. Lebih amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.
9. Ingin kembara mencari ilmu dan melebarkan ukhuwwah kerana ALLAH SWT <3
10. Urusan jodoh, no comment Tapi sebolehnya nak cepatkan lah hehe

Sikit je kan? Smile always. Ana perlu kuat untuk penuhkan impian tahun baru ni. Jadi seorang muslimah yang paling kuat :')
Sahabat fillah sekalian, doakan ana moga sentiasa berjaya di dunia & akhirat ye semua. Doakan moga urusan jodoh ana diredhai Allah, percepatkanlah urusan ana hehe moga ketemu lagi ! Salam alaik laling semua :D