Followers

Wednesday, June 26, 2013

La Tahzan ~

JANGAN BERSEDIH DUHAI BIDADARI SYURGA ~
Assalamualaikum, alhamdulillah cuti sebulan diisi dengan aktiviti yg berfaedah. Huhu tapi still hati risau fikir result sem2, risau k risau. Tunggu kemain lama akhirnya seminggu before masuk kolej balik baru boleh check result. Ya allah, teruk teruk dan sangat teruk. Kenapa jadi mcmni? Hm ujian dari Allah anis, keep strong. Alhamdulillah lah lulus, tade repeat, Allah uji sikit je. Jangan putus asa cepat sangat sbb allah tarik satu nikmat, inshaallah kalau sabar, usaha & tawakkal, Allah bagi lebih & lebih

"Jangan pernah kecewa jika ada doamu masih belum dimakbulkan. Allah tahu permintaanmu itu tidak diperlukan, sebab itu Dia tak beri. Tetapi ketahuilah Allah itu tidak zalim, dia akan menggantikan dengan yang lebih baik untukmu"

:) Yes kata2 tu selalu ana ingat, tapi... hati parents cemana? spoil, ana dh buat hati dorang sedih, kecewa.. sangat-sangat :'( sampaikan abah tade mood sebab sedih & risau, mama pun sama.

Boleh dikatakan tiap2 kali bila diri ni tak boleh buat apa yg tak mampu buat, rasa macam nk menangis, rasa mcm hilang harapan mama abah tu. Tapi allah takkan uji hamba dia saja2 kan? Allah uji sebab allah tahu hamba dia boleh lalui, boleh atasi. Menangis sekarang tade guna, benda dh jadi :') Maaf mama abah, angah bukan tak study, angah dah cuba sebaik mungkin tapi.... rezeki untuk sem2 itu je. Hm angah tak main2 pun dekat kolej, bila belajar angah belajar betul2. Angah ingat kata2 mama lepas SPM dulu, gagal sekarang tak bermakna gagal selamanya. Satu je, angah join usrah dengan kawan2 tak effect result angan pun mama abah, ini yg terbaik untuk angah always ingat pada Allah. Angah harap mama abah tak halang angah join usrah :') Inshaallah angah buat sebaik mungkin lepasni, bagi pointer always cun <3 angah tak boleh stop mama abah marah angah, yes memang itu yg parents akan buat untuk kebaikan anak dia sendiri, sape tak kecewa kan? Kalau ana ada anak pun ana buat benda yg sama. Naik sem 3 ana akan lebih serious, bittaufiq wannajah. Jihad kali ni akan lebih serious, fighting anis !

Tuesday, June 11, 2013

Wudhu'

Salam alaik :)
now official blog ni akan ada dua owner, maybe ana yang akan update tapi idea2 disumbangkan oleh 2 orang yee. Hee thanks awak sebab support ana ! Okay now continue with updating, kali ni taknak cakap banyak, just wanna share something yang mungkin bagi kita hal remeh temeh, tapi awak semua kena tahu yang ini adalah sangat PENTING untuk terus berhubung dengan ALLAH :)

Okay, kita solat 5 kali sehari kan? Yes itu yang WAJIB yee, tak termasuk solat sunat. So awak semua mesti ambil wudhu' paling kurang 5 kali sehari kan? Bagi sape yg always ambik wudhu' tu, maybe lebih dari 5 kali awak buat dlm sehari, tahniah !

Dari segi syara‘, wudhu’ ni bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Hukum wudhu' adalah Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Quran dan sebagainya.

Tapi banyak perkara yang disunatkan supaya berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.

HIKMAH WUDHU'

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Antara niat yang awak semua boleh baca semasa wudhuk :

Kumur : Ampunkanlah dosa lidah & mulutku Ya Allah..
Basuh muka : Ya Allah janganlah kau hitamkan wajahku ini di hari kiamat/hiasilah wajahku dgn cahaya nur mu Ya Allah..
Basuh kedua2 belah tangan : Ya Allah,ampunkanlah dosa yg telah dilakukan dengan tangan ini..
Basuh ubun2 : Ya Allah, lindungilah tubuhku dari kepanasan matahari di hari kiamat kelakk..
Basuh telinga : Ya Allah, ampunkanlah segala dosa yang didengar oleh telinga ini/peliharalah telingaku dri segala fitnah & umpatan yg dusta..
Basuh kaki : Berilah kekuatan kaki ku untuk ke rumah mu Ya Allah/haramkanlah kaki ku dari melangkah ke tempat maksiat/jadikanlah diriku hambaMu yg kuat beribadah kerana mu Ya Allah..

Selamat beramal kawan-kawan, jangan lupa praktikkan dengan cara yang betul :)

Monday, June 10, 2013

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Assalamualaikum :)
post kali ni taknak share banyak pun, cuma sikit je. Hehe tengok tajuk tu? Bunyi macam menarik kan untuk kaum hawa ni, yes inshaallah sangat berguna untuk kita semua. Ana ada terbaca satu blog ni, then ada lah ambik ilham, or copy lah kan namanya. Just wanna share, nak berdakwah tak salah kan? Ilmu, benda baik boleh dikongsi, biar semua dapat belajar hee so selamat membaca !

Awak semua nak kenal bakal suami atau isteri awak? couple bukanlah cara terbaik. Kalau awak ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, awak takkan kenal dia. Yang awak kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.



Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya? Bawah ni ada jawapannya...

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, awak minta wali awak samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Awak juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan awak, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan awak, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau awak bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga awak. Contohnya, jika awak berkahwin dengan orang yang awak couple, awak akan dapat azab curiga. Awak akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami awak. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau awak bernikah dengan orang yang bukan kekasih awak dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk awak melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun awak masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil awak membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang awak cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, awak kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, awak mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.

Harap sangat apa yg dikongsi sangat berguna, banyak kannn jawapan dkat dalam tu? Inshaallah untuk diri kita semua, keep fighting ! hehe salam alaik !