Followers

Sunday, January 20, 2013

Daurah :)

Assalamualaikum, antum semua sihat? ana harap semuanya sihat. Post ana kali ni bukan nak sembang banyak, cuma nak share sikit kenangan ana join daurah untuk 2 hari 1 malam bersama2 dengan family IKRAM :) Macam yg ana pernah ceritakan, setiap minggu ana akan join usrah dengan kak ifa, tapi minggu pertama untuk sem2 ni ana berpeluang untuk join daurah dengan kawan2 ana yang lain. Mungkin ni lebih seronok sebab semuanya dari pusat IPT yang lain, boleh share pendapat masing2. Alhamdulillah terima kasih kak ifa, ummi & walid :)

Ana sangat happy & bersyukur, penyampaian dakwah yang disampaikan naqib naqibah sangat seronok. Topik daurah yang disampaikan, Ini Sejarah Kita. Mungkin ada kawan2 ana yang dah pernah dengar tapi ana baru tahu, alhamdulillah :) Moga2 apa yang ana dapat tu boleh share dengan kawan2 di kktm ni, sama2 berubah ke arah kebaikan, inshaallah !

Ana ada sertakan sikit gambar2 time daulah haritu, hee akhawat semuanya comel2 ^.^













Tuesday, January 1, 2013

1 Januari ~

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup sampai saat ni. Bersyukur pada Allah SWT :) Harini semua orang nak celebrate new year, yelah tahun baru lah katakan. Ada konsert sana sini, nak meraikan tahun baru.... Remaja2 islam ini tidak melepaskan peluang untuk join program2 sebegini, kononnya ingin enjoy ~ subhanaAllah, apa nak jadi manusia zaman sekarang. Abah ana sendiri mengeluh bila lihat anak2 remaja memenuhi dataran, konsert2, lepak sana sini tanpa hala tuju, bergaul lelaki & perempuan tanpa batasan, semunya gara2 TAHUN BARU. Bukannya mahu bersyukur, mungkin patut Allah berikan mereka balasan yang setimpal. Ana bukannya mendoakan keburukan mereka, tapi ana sedih lihat anak2 remaja lalai dengan duniawi. Mungkin mereka patut diberi pengajaran. Ana sedih sbb tak dapat tengok Ustaz Azhar Idrus & tak dapat pergi himpunan 1000 Jiwa 1 Hati, padahal kak fatin dah jemput banyak kali :(

"Tiada sebab untuk kita terlalu menyambut Tahun Baru Gregorian 2013, kerana kita sudah menyambut Tahun Baru Hijriah 1434.."




Bagi diri ana sendiri, ana hanya ingin tanam azam baru. Ana ingin jadi seorang muslimah yang berjaya !! Ana perlu jaga hubungan ana dengan Allah, nescaya Allah akan permudahkan semua urusan ana. In sha Allah :)


1 Januari 2013, Sanah Helwah Abah, Mohd Shaidi b Othman <3
Harini ulang tahun abah ke-44, Alhamdulillah abah masih berada di samping keluarga tercinta. Walaupun abah dah tua tapi abah masih kuat, gagah & handsome di mata angah. Abah adalah segalanya, dari kecik sampai besar abah tetap hero angah. Angah tahu tanggungjawab abah besar sangat sebagai ketua keluarga, anak2 abah ni selalu buat abah penat. Maafkan angah ^^ Angah harap abah akan maintan handsome and jaga hubungan dengan Allah. Moga2 Allah permudahkan semua urusan abah di dunia & di akhirat. Angah akan sentiasa doakan abah, angah nak bawak abah masuk syurga, sama2 dengan mama, kaklong, achik, faris & danial. In sha Allah, angah cuba sebaik mungkin. Sayang abah <3

Wssalam ^.^

Kita sebenarnya ~


Assalamualaikum, nukilan ana kali ni hanya untuk berkongsi tentang diri kita sendiri. Semuanya tentang hamba Allah yang sudah di akhir zaman. Nauzubillah, renung2kan...

Kita sebenarnya ~

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama para sahabat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

Untuk Apa Sebenarnya Kita Diciptakan? سبحان الله

Ana tahu di antara kita ni selalu macamtu. Diri ana sendiri pernah berkelakuan sebegitu. Ya Allah, terasa diri ni jahil sangat :( Sepatutnya kita lebih mementingkan urusan kita dengan Allah, bukannya duniawi. Moga2 Allah permudahkan segala urusan kami, kuatkan iman kami supaya kalah pada godaan syaitan. Buat Renungan Bersama ♥