Followers

Saturday, December 29, 2012

Aurat !


Assalamualaikum :) moga2 sihat disisi Allah ye kawan2. Tajuk ana tu mcm selalu sangat kita dengar, memang isu aurat tu ada dimana-mana. Ada yang tutup aurat tapi bukan dengan cara yang betul and ada yang tutup aurat hanya semata2 kerana fesyen. Terlalu luas pemikiran hamba Allah zaman sekarang. Bagi yang menutup aurat berlandaskan syariat islam tu syabas buat diri anda, Alhamdulillah. Gambar di atas pula ternyata yang terbaik untuk kita semua, semuanya sudah terjawab. Tapi kita semua hamba Allah yang biasa, kadang2 niat nak menutup aurat sepenuhnya tu ada cuma iman ni tak kuat menahan godaan syaitan.

Bagi diri ana sendiri, ana bukanlah terlalu sempurna. Dulu diri ni pun mcm tak betul imannya, tutup aurat tapi still ada dedah sana sini. Bila tengok muslimah depan mata hati jadi sayu tapi entah bilalah diri ni nak berubah. Sekarang Alhamdulillah lepas ana masuk kolej, diri ni slow2 berubah ke arah kebaikan. Memang kolej yang ana study tu bukanlah pusat institusi islam tapi atas bantuan rakan2 yg ada ilmu agama islam sikit sbanyak dpt bantu ana, terbukak jugak hati ana ni untuk berubah.
Bermula dengan nasihat & teguran rakan2, baca blog2 pasal islam di laman sosial, join program2 islam (Nadwah Islamiah), join group usrah dengan kak ifa and alhamdulillah semua tu ana akan teruskan sampai bila2, semuanya untuk kebaikan diri ana sendiri.

Dari segi pemakaian mula2 hati ana agak berat nak berubah, ana cuma fikir tak semestinya nak masuk syurga kena mcm ustazah tu, cukup sekadar ana tak buat benda2 yg haram dah boleh masuk syurga. Nauzubillah...kenapalah ana berfikiran sebegitu.. Tapi itu dulu, sekarang ana dah ubah semuanya. Ana dah set dekat otak ana ni yg tutup aurat itu WAJIB bagi semua orang, terutamanya kaum hawa. Ana mula melabuhkan tudung melepasi paras dada, memakai sarung tangan, memakai sarung kaki & paling penting memakai pakaian yang longgar dan tidak jarang. Ingat ! Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut sahaja. Renung2kann ~ bak kata orang, "buku yang kita sayang pun kita balut dengan baik dan teliti, apa kan pula diri sendiri yg kita sayang ni tak dibalut" :)

Alhamdulillah ana bersyukur kerana diri ana sendiri dah berjaya berubah ke arah kebaikan, semuanya atas usaha diri sendiri. Bila diri ni dah berubah, mesti ada cemuhan dari rakan2, adat manusia lah katakan. Tapi ana kuatkan iman untuk tempuhi semua dugaan dan ujian dari orang luar, ni baru sikit ya ukhti akhi, di akhirat kelak adalah penentu segalanya, ana taknak terjebak ke dalam neraka, ana ingin berada di sisi Allah. Anda bila lagi? Sama2 kita istiqamah kepada Allah, berubah semata2 ingin mencari keredhaanNya :) Moga2 Allah jauhkan diri kita dari perangai2 yang dimurkai Allah. In sha allah kalau ada usaha, pasti Allah bantu kita ke jalan-Nya :)

*koleksi-koleksi gambar yang berkaitan*








No comments:

Post a Comment