Followers

Tuesday, January 1, 2013

Kita sebenarnya ~


Assalamualaikum, nukilan ana kali ni hanya untuk berkongsi tentang diri kita sendiri. Semuanya tentang hamba Allah yang sudah di akhir zaman. Nauzubillah, renung2kan...

Kita sebenarnya ~

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama para sahabat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

Untuk Apa Sebenarnya Kita Diciptakan? سبحان الله

Ana tahu di antara kita ni selalu macamtu. Diri ana sendiri pernah berkelakuan sebegitu. Ya Allah, terasa diri ni jahil sangat :( Sepatutnya kita lebih mementingkan urusan kita dengan Allah, bukannya duniawi. Moga2 Allah permudahkan segala urusan kami, kuatkan iman kami supaya kalah pada godaan syaitan. Buat Renungan Bersama ♥




No comments:

Post a Comment