Followers

Tuesday, January 1, 2013

1 Januari ~

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup sampai saat ni. Bersyukur pada Allah SWT :) Harini semua orang nak celebrate new year, yelah tahun baru lah katakan. Ada konsert sana sini, nak meraikan tahun baru.... Remaja2 islam ini tidak melepaskan peluang untuk join program2 sebegini, kononnya ingin enjoy ~ subhanaAllah, apa nak jadi manusia zaman sekarang. Abah ana sendiri mengeluh bila lihat anak2 remaja memenuhi dataran, konsert2, lepak sana sini tanpa hala tuju, bergaul lelaki & perempuan tanpa batasan, semunya gara2 TAHUN BARU. Bukannya mahu bersyukur, mungkin patut Allah berikan mereka balasan yang setimpal. Ana bukannya mendoakan keburukan mereka, tapi ana sedih lihat anak2 remaja lalai dengan duniawi. Mungkin mereka patut diberi pengajaran. Ana sedih sbb tak dapat tengok Ustaz Azhar Idrus & tak dapat pergi himpunan 1000 Jiwa 1 Hati, padahal kak fatin dah jemput banyak kali :(

"Tiada sebab untuk kita terlalu menyambut Tahun Baru Gregorian 2013, kerana kita sudah menyambut Tahun Baru Hijriah 1434.."




Bagi diri ana sendiri, ana hanya ingin tanam azam baru. Ana ingin jadi seorang muslimah yang berjaya !! Ana perlu jaga hubungan ana dengan Allah, nescaya Allah akan permudahkan semua urusan ana. In sha Allah :)


1 Januari 2013, Sanah Helwah Abah, Mohd Shaidi b Othman <3
Harini ulang tahun abah ke-44, Alhamdulillah abah masih berada di samping keluarga tercinta. Walaupun abah dah tua tapi abah masih kuat, gagah & handsome di mata angah. Abah adalah segalanya, dari kecik sampai besar abah tetap hero angah. Angah tahu tanggungjawab abah besar sangat sebagai ketua keluarga, anak2 abah ni selalu buat abah penat. Maafkan angah ^^ Angah harap abah akan maintan handsome and jaga hubungan dengan Allah. Moga2 Allah permudahkan semua urusan abah di dunia & di akhirat. Angah akan sentiasa doakan abah, angah nak bawak abah masuk syurga, sama2 dengan mama, kaklong, achik, faris & danial. In sha Allah, angah cuba sebaik mungkin. Sayang abah <3

Wssalam ^.^

No comments:

Post a Comment