Followers

Tuesday, June 11, 2013

Wudhu'

Salam alaik :)
now official blog ni akan ada dua owner, maybe ana yang akan update tapi idea2 disumbangkan oleh 2 orang yee. Hee thanks awak sebab support ana ! Okay now continue with updating, kali ni taknak cakap banyak, just wanna share something yang mungkin bagi kita hal remeh temeh, tapi awak semua kena tahu yang ini adalah sangat PENTING untuk terus berhubung dengan ALLAH :)

Okay, kita solat 5 kali sehari kan? Yes itu yang WAJIB yee, tak termasuk solat sunat. So awak semua mesti ambil wudhu' paling kurang 5 kali sehari kan? Bagi sape yg always ambik wudhu' tu, maybe lebih dari 5 kali awak buat dlm sehari, tahniah !

Dari segi syara‘, wudhu’ ni bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Hukum wudhu' adalah Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Quran dan sebagainya.

Tapi banyak perkara yang disunatkan supaya berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.

HIKMAH WUDHU'

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Antara niat yang awak semua boleh baca semasa wudhuk :

Kumur : Ampunkanlah dosa lidah & mulutku Ya Allah..
Basuh muka : Ya Allah janganlah kau hitamkan wajahku ini di hari kiamat/hiasilah wajahku dgn cahaya nur mu Ya Allah..
Basuh kedua2 belah tangan : Ya Allah,ampunkanlah dosa yg telah dilakukan dengan tangan ini..
Basuh ubun2 : Ya Allah, lindungilah tubuhku dari kepanasan matahari di hari kiamat kelakk..
Basuh telinga : Ya Allah, ampunkanlah segala dosa yang didengar oleh telinga ini/peliharalah telingaku dri segala fitnah & umpatan yg dusta..
Basuh kaki : Berilah kekuatan kaki ku untuk ke rumah mu Ya Allah/haramkanlah kaki ku dari melangkah ke tempat maksiat/jadikanlah diriku hambaMu yg kuat beribadah kerana mu Ya Allah..

Selamat beramal kawan-kawan, jangan lupa praktikkan dengan cara yang betul :)

No comments:

Post a Comment