Followers

Monday, June 10, 2013

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Assalamualaikum :)
post kali ni taknak share banyak pun, cuma sikit je. Hehe tengok tajuk tu? Bunyi macam menarik kan untuk kaum hawa ni, yes inshaallah sangat berguna untuk kita semua. Ana ada terbaca satu blog ni, then ada lah ambik ilham, or copy lah kan namanya. Just wanna share, nak berdakwah tak salah kan? Ilmu, benda baik boleh dikongsi, biar semua dapat belajar hee so selamat membaca !

Awak semua nak kenal bakal suami atau isteri awak? couple bukanlah cara terbaik. Kalau awak ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, awak takkan kenal dia. Yang awak kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.



Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya? Bawah ni ada jawapannya...

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, awak minta wali awak samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Awak juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan awak, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan awak, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau awak bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga awak. Contohnya, jika awak berkahwin dengan orang yang awak couple, awak akan dapat azab curiga. Awak akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami awak. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau awak bernikah dengan orang yang bukan kekasih awak dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk awak melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun awak masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil awak membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang awak cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, awak kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, awak mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.

Harap sangat apa yg dikongsi sangat berguna, banyak kannn jawapan dkat dalam tu? Inshaallah untuk diri kita semua, keep fighting ! hehe salam alaik !

No comments:

Post a Comment